SIAPA KATA MELAKA MAJU, MERLIMAU MAJU?

Berikut adalah keluhan dan permasalahan yang diadukan penduduk Melimau kepada Yuhaizad:

1. Kekurangan lampu jalan Ayer Merbau dan Jasin Lalang.

2. Keperluan lampu isyarat persimpangan masuk kampung Ayer Merbau.

3. Penduduk Taman Sri Chin Chin mendakwa kadar cukai pintu tinggi.

4. Keluhan penduduk di Pengkalan Samak (Solok Pengkalan Samak) dan Ayer Merbau, parit dan longkang tidak dibaik pulih. Kelemahan prasarana ini juga mengakibatkan banjir kilat sering berlaku di Ayer Merbau.

5. Longkang dan perparitan yang tersumbat di Taman Debunga (Pengkalan Samak) dan Permatang Serai yang longkangnya tidak diselenggara (dipenuhi rumput).

6. Rumah terbiar dan persekitaran yang kotor di Merlimau Utara. Ini membimbangkan penduduk yang terancam dengan penyebaran denggi.

7. Penduduk Jasin Lalang tidak mempunyai dewan serbaguna.

8. Pendudk Kampung Ayer Merbau memohon pembinaan semula balai raya yang kini telah rosak dan terlalu kecil bagi menampung keperluan penduduk.

9. Kemudahan jalan yang tidak diturap dan dinaik taraf.

10. Permohonan untuk mendapatkan kelengkapan khemah yang tidak dipenuhi di Ayer Merbau dan Chin Chin.

11. Waktu pungutan sampah yang tidak sesuai di Permatang Serai.

12. Pokok yang dipotong oleh Majlis Perbandaran Jasin tidak dibersihkan di Taman Muhibah dan Merlimau Pasir.

13. Keluarga dan individu miskin, orang kurang upaya, sakit yang memerlukan bantuan di Chin Chin, Merlimau Pasir dan Taman Muhibah.

14. Masalah pencemaran Sungai Merlimau.

15. Tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan tidak diganti semula.

16. Tidak berpuas hati dengan sistem saman ekor.

17. Peningkatan kes jenayah terutamanya kecurian motosikal.

18. Harga rumah di Merlimau yang mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk.

19. Kaum India menghadapi masalah peluang pekerjaan, perumahan selepas berkhidmat di ladang dan masalah bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dan Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina(SRJKC).

20. Resah dengan kenaikan harga minyak dan harga barang.

Sumber : Harakahdaily.

Comments