DEBAT : TAKUT UNTUK DEBAT DENGAN PJ, BOLEH DEBAT DENGAN KETUA CAWANGAN

Sudah berkali-kali Ali Rustam mengajak pemimpin PAS berdebat. Namun bila disahut cabaran itu beliau diam seribu bahasa. Sebenarnya beliau takut untuk berdebat dengan Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS Negeri Melaka atas apa juga isu. Sebab itu bila kita sahut beliau diam.

Blog ini sedia menjadi tuan rumah untuk debat antara Ali Rustam dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman atau Hj Adly atau sesiapa sahaja di kalangan pemimpin tertinggi PAS Melaka.

Kalau Datuk Seri Mohd Ali tidak berani berdebat dengan mereka blog ini cadangkan beliau berdebat dengan Ketua Cawangan PAS Taman Tun Rahah atau Cawangan Bukit Bayan. Kalau takut juga berdebat dengan Ketua Cawangan blog ini cadangkan beliau berdebat dengan Ketua Kanak-kanak 5 tahun PASTI Ar Rahmah yang namanya Ahmad Danial.

Mungkin beliau berani berdebat dengan Ahmad Danial agaknya...........janji debat itu jadi kenyataan sudah lah. Tajuk debat Datuk Seri Mohd Ali vs Ahmad Danial akan kami tentukan kemudian.

Comments

ahmadnafiah said…
Si Ali ni berani semasa jauh aje dekat tersntot
Anonymous said…
Tulur tada, apa mau debat. Tulur ada kalu, kasi debat, itu tulur lagi masuk dalam...lagi bahay macha..boleh jalan nanti... lagi mau PRK..SPR lagi susah.
Anonymous said…
Angkuh & Bongkak nyer dia...
masaimara said…
Siketam bangang ni nak debat amendenye, cara bercakap pun meleweh-leweh. Sudah lah hentikan lah ajak berdebat dengan si penjilat ni, memang tak ade standard sebab semua dah tahu,senang cakap dia ni tak de knowledge dan mentality hancuss.