PAKATAN RAKYAT DIIKAT KAKI TANGAN, DISUMBAT MULUT, DITUTUP MATA DAN TELINGA SAMBIL DIPUKUL HABIS-HABISAN ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN hari ini terus menerus menggunakan kuasa yang ada pada mereka memukul, membedal dan menghentam PR tanpa etika dan kasihan belas.

Keputusan Polis mengharamkan ceramah politik di Perak jelas membuktikan perkara ini. PR seolah-olah diikat tangan, ditutup mata dan telinga, mulut disumbat dengan kain sambil dipukul serta disembelih oleh BN. Umpama Rahim Noor memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu.

Bayangkan disaat PR diharamkan berceramah di Perak, Harakah dan Suara KeADILan di rampas di seluruh negara, BN terus menyerang PR di TV dan di dalam surah khabar. PR langsung tidak berpeluang untuk membela diri kerana tangan dan kaki sudah diikat, mata dan telinga sudah ditutup manakala mulut disumbat dengan kain.

Inilah suatu kezaliman dan kedurjanaan yang maha hebat dilakukan BN semata-mata untuk menjauhkan PR dari rakyat. BN mahu PR dilihat sebagai sebuah gabungan yang paling jahat, paling derhaka dan kurang ajar. Namun BN tersilap kerana semakin banyak fitnah dan tohmah dilemparkan kepada PR semakin banyak sokongan dan simpati yang PR terima.

Insya Allah BN akan ditumbangkan pada 2 PRK terdekat ini lantaran kebongkakan dan ketamakkan kuasa yang menyebabkan rakyat semakin meluat dan menyampah kepada BN.

Comments