KERUSI BUKIT SELAMBAU MEMANG PATUT DIBERI KEPADA Umno ~ Ref Malaysiakini

Saya memang bersetuju kerusi DUN Bukit Selambau diberikan kepada Umno kerana bilangan orang Melayu melebihi kaum lain di sana.
Malah saya yakin jika calon Umno diberi peluang bertanding di sana kemungkinan besar BN dapat memberikan tentangan yang sengit kepada PR.
BN yang sememangnya parti perkauman tidak pernah lari dari membicarakan tentang semangat perkauman. Walaupun mereka mendabik dada mengatakan BN tidak berjuang atas dasar perkauman tetapi sedarkah mereka bahawa Umno, MCA dan MIC itu sendiri semuanya parti ekstrim perkauman. Nama parti-parti itu sendiri diberikan atas nama kaum masing-masing.

Hari ini Ketua Umno Bahagian Merbok, Tajol Urus beriya-iya benar melobi supaya calon Umno diletakkan di kerusi tersebut. Macam-macam alasan diberikan. Saya tahu sememangnya Tajul memang mahukan kerusi tersebut.

Saya yakin jika Umno diberikan kerusi tersebut sudah tentu 100 % pengundi India akan mengundi PR. Jika calon MIC diletakkan di sana kemungkinan BN akan mendapat 20-30 % undi dan PR akan memperolehi 70 % undi orang India.

Comments