ALIRAN INFORMASI DARI INTERNET KUASAI 86 % KEPUTUSAN PRK ? ~ Ref Malaysiakini

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah tidak meragui bahawa media baru iaitu Internet akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

Beliau berkata demikian yang saya petik dari Harakahdaily. Jelas sekali rakyat sudah muak dan meluat dengan media arus perdana yang jelas berpihak dan tidak melaporkan sesuatu berita dengan beramanah dan beretika.

Laporan media arus perdana samada TV, Radio atau Surat Khabar ternyata sudah tidak dipercayai oleh rakyat terbanyak. Mereka sudah beralih kepada media internet yang lebih terbuka dan bebas tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Media internet seperti laman web, blog, portal akhbar, you tube dan lain-lain ternyata mendapat sambutan hangat. Para pengunjungnya juga bebas untuk berinteraksi dan menyampaikan komen masing-masing.

Tidak hairanlah sekarang ini media arus perdana semakin dipinggirkan oleh rakyat. Selagi media ini tidak berubah dan terus mengamalkan polisi tradisional mereka saya yakin lambat laun mereka akan berkubur. Cuma iklan sahaja yang dapat menyelamatkan mereka.

Sementara itu Abu Hassan berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

"Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

" Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," tegasnya.

Comments

Anonymous said…
apa keputusan di kedua-dua bukit ini akan mencerminkan pilihan rakyat yg sudah matang