BN MESTI TAUBAT UNTUK KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT DI PERAK~ Ref Malaysiakini

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu pengajaran dalam usaha memantapkan kestabilan politik di negeri itu. Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan barisan exco yang berpengalaman dilihat sebagai langkah pertama memulihkan keadaan politik selain memastikan agenda pembangunan ekonomi di negeri itu dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Di sebaliknya (kekalahan BN negeri pada pilihanraya umum), BN akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan...kerajaan BN adalah kerajaan yang berpengalaman dalam melakukan perubahan demi kemajuan sesebuah institusi rakyat," katanya semasa ditemuramah oleh Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dalam program Dialog@1 yang disiarkan di RTM1, malam tadi, lapor Bernama.
Zambry mungkin terlupa bahawa BN sudah pasti tidak akan kepercayaan rakyat semula kerana tindakan BN yang jelas membelakangkan demokrasi dengan 'membeli' dan mengugut 3 orang ADUN PR untuk menyokong BN. Inilah kesalahan besar yang sudah pasti tidak diterima oleh rakyat. Rakyat mengingatinya sampai bila-bila. Zambry sendiri dilantik menjadi Menteri Besar hanya kerana permainan kotor dan taktik jahat BN ini.
Saya yakin rakyat tidak akan memaafkan BN dan Zambry dalam isu rompakan dan rampasa kuasa ini. Rakyat yang memberikan mandat kepada PR sudah pasti terasa pedih dengan peristiwa ini. Keputusan PRK Bukit Gantang nanti sudah pasti akan menjadi bukti bahawa rakyat menolak BN.
BN mesti bertaubat kembali memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Jika Zambry ingin mengembalikan kepercayaan rakyat perkara pertama yang beliau mesti lakukan ialah membubarkan DUN dan dari situ BN boleh membuat perubahan dan mungkin rakyat akan menghargai keikhlasan dan taubat BN/Zambry.

Comments