LUCU : NIZAR DISURUH MENGUCAP ~ Ref Malaysiakini

Pagi ini saya membaca sebuah akhbar harian yang melaporkan seorang Timbalan Menteri pencen meminta Menteri Besar Perak pilihan rakyat, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengucap. Alasannya kerana Nizar masih tidak mahu menerima yang jawatan Menteri Besar sudah disandang oleh orang lain.
Bagi saya kalau Timbalan Menteri ini hendak menonjolkan diri sekalipun biarlah bertempat dan komennya biarlah bersesuaian dengan situasi, keadaan dan isu yang disentuh. Jangan nanti ditertawakan oleh rakyat yang membacanya. Nampak benar kejahilannya.
Mungkin Timbalan Menteri Pencen ini hendak mempromosikan dirinya agar diingati oleh para perwakilan Umno yang akan mengundi siapa pemimpin yang mereka sukai pada pemilihan Umno bulan depan.
Apa kena mengena mengucap syahadah dengan isu ini. Kalau seseorang itu murtad atau gugur imannya mungkinlah dia disuruh mengucap.
Kalau setakat tidak mahu mengakui jawatannya sudah hilang tidaklah sampai kena mengucap syahadah semula.
Saya cadangkan bekas Timbalan Menteri pencen ini pergi mengaji dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Rusila kebetulan kedua-duanya berasal dari daerah yang sama dan pernah berlawan antara satu sama lain dalam pilihanraya.

Comments

Anonymous said…
apa yang lucunya.orang cakap lain kita paham kot lain.pastu pandai cakap auta sana sini.bukanya dia suruh mengucap sebab nizar tu murtad ke apa.dia suruh mengucap ingat tuhan.macam kalau kita ditimpa musibah ler.mengucap la apa salahnya.piirahhhhhhhhhhh.orang suruh mengucap pun salah.kalau tak mau mengucap pun takpa.sapa pun tak laran.orang tu nasihat je.
Anonymous said…
utk org yg atas ni^: nampak sgt ko dgn timb menteri tu kena gi ngaji blk... sah2 buta mata hati.. ada ke timpa musibah kena mengucap? lama sgt jilat taik dlm umno... xpun camni la blk jumpa mak ko mintak dia ajar skik psl agama boleh?
Anonymous said…
kalau ditimpa musibah kita beristighfar mudah mudahan di ampunkan kalau ada kesilapan kita yang kita sedar atau tak, bukannya pegi mengucap.
Anonymous said…
Anon 1,

Kalau ditimpa musibah kita kena ucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Anonymous said…
Umno dah memang menolak hudud, bererti sah menolak hukum Allah, jadi menolak hukum Allah samalah menolak Islam, Sahadah mereka sama dengan sahadah burung kakak tua atau burung tiong yang telah diajar dan kerab mendengar perkataan itu tak jauh beza nya, mereka boleh mengucap pada petang nyer dan bermaksiat pada malam nya. Ini sangatberbeza dengan kaimah Sahadah orang PAS. Makanya mereka menjadi penentang PAS yang paling agressive... tak heran pun!
EQUILIBRIUM said…
hehe org amno kalau kena musibah depa memang mengucap mauhahahaha

org islam ditimpa musibah akan beristighfar krana itu yg diajar :)
Anonymous said…
tu la. dah tau tak tau bawak2la pegi surau masjid tanya ustaz.jangan la memandai suruh ngucap. kan dah kena. suruh jadikan islam panduan tak mau. esok2 jangan lupa suruh jason mraz ngucap bila dia jejak klia.
Nordin said…
Yang kena mengucap ni adalah orang UMNO kerana telah mengangkat martabat pemimpin mereka dan sultan-sultan mereka mengatasi Muhammad Rasulullah.

Rasulullah adalah kekasih Allah pun tahu menghormati orang ramai sama ada dia orang islam atau pun bukan islam. Tidak pernah dia menzalimi sesiapa dan tidak pernah dia mengkhianati perjanjian walaupun dengan bukan islam.

Apa yang orang tak kata pada Rasulullah? Ada dia balas dengan ugutan?

Tetapi kalau pemimpin UMNO yang kena kata atau kutuk dan memang pemimpin UMNO itu teruk perangai (cuba bagi tau saya pemimpin UMNO mana yang baik)mulalah orang UMNO meroyan minta tangkap,ISA dan sebagainya.Kalau kita kritik tindakan sultan yang tidak betul dan memang dalam kes Perak memang tidak betul, wah bukan main lagi, BUANG NEGERI!DERHAKA!

Hei orang UMNO, cermin diri lah!Hebat benar ke taraf sultan dan pemimpin kamu jika di banding dengan Rasulullah?

Pergi baca Tajus Salatin, bagaimana orang melayu menasihat sultan. Apakah raja-raja melayu tidak pernah diturunkan takhta apabila mereka mengambil tindakan bercanggah dengan kepentingan rakyat? Kenapa di zaman UMNO nak merebut kuasa semua teguran menjadi DOSA BESAR?