Pagi ini saya membaca sebuah akhbar harian yang melaporkan seorang Timbalan Menteri pencen meminta Menteri Besar Perak pilihan rakyat, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengucap. Alasannya kerana Nizar masih tidak mahu menerima yang jawatan Menteri Besar sudah disandang oleh orang lain.
Bagi saya kalau Timbalan Menteri ini hendak menonjolkan diri sekalipun biarlah bertempat dan komennya biarlah bersesuaian dengan situasi, keadaan dan isu yang disentuh. Jangan nanti ditertawakan oleh rakyat yang membacanya. Nampak benar kejahilannya.
Mungkin Timbalan Menteri Pencen ini hendak mempromosikan dirinya agar diingati oleh para perwakilan Umno yang akan mengundi siapa pemimpin yang mereka sukai pada pemilihan Umno bulan depan.
Apa kena mengena mengucap syahadah dengan isu ini. Kalau seseorang itu murtad atau gugur imannya mungkinlah dia disuruh mengucap.
Kalau setakat tidak mahu mengakui jawatannya sudah hilang tidaklah sampai kena mengucap syahadah semula.
Saya cadangkan bekas Timbalan Menteri pencen ini pergi mengaji dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Rusila kebetulan kedua-duanya berasal dari daerah yang sama dan pernah berlawan antara satu sama lain dalam pilihanraya.
Comments
Kalau ditimpa musibah kita kena ucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
org islam ditimpa musibah akan beristighfar krana itu yg diajar :)
Rasulullah adalah kekasih Allah pun tahu menghormati orang ramai sama ada dia orang islam atau pun bukan islam. Tidak pernah dia menzalimi sesiapa dan tidak pernah dia mengkhianati perjanjian walaupun dengan bukan islam.
Apa yang orang tak kata pada Rasulullah? Ada dia balas dengan ugutan?
Tetapi kalau pemimpin UMNO yang kena kata atau kutuk dan memang pemimpin UMNO itu teruk perangai (cuba bagi tau saya pemimpin UMNO mana yang baik)mulalah orang UMNO meroyan minta tangkap,ISA dan sebagainya.Kalau kita kritik tindakan sultan yang tidak betul dan memang dalam kes Perak memang tidak betul, wah bukan main lagi, BUANG NEGERI!DERHAKA!
Hei orang UMNO, cermin diri lah!Hebat benar ke taraf sultan dan pemimpin kamu jika di banding dengan Rasulullah?
Pergi baca Tajus Salatin, bagaimana orang melayu menasihat sultan. Apakah raja-raja melayu tidak pernah diturunkan takhta apabila mereka mengambil tindakan bercanggah dengan kepentingan rakyat? Kenapa di zaman UMNO nak merebut kuasa semua teguran menjadi DOSA BESAR?