PR OPTIMIS TAWAN MELAKA PRU 13 ~ Ref Malaysiakini

Ketiga-tiga ahli panel forum Pakatan Rakyat anjuran PAS Kawasan Kota Melaka 2 hari lepas optimis PR akan menawan Melaka pada PRU 13 nanti. Keyakinan itu disuarakan oleh Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Pengerusi PKR Negeri Melaka, Khalid Jaafar.
Mereka sepakat bahawa dengan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini dengan baik, telus dan adil serta juga kemelut politik nasional rakyat Melaka akan mengubah minda mereka dengan mengundi PR nanti.
"Kita mesti teruskan gerakerja mendekati rakyat menangani isu semasa dan kebajikan rakyat jelata, dengan itu rakyat akan yakin kepada PR dan kita akan menang di Melaka ini" kata Ustaz Kamaruddin.
Khalid pula dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan negeri Melaka sebenarnya gagal mentadbir ekonomi negeri ini dengan baik di mana sebahagian besar anak negeri Melaka terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan skil dan kompetensi mereka.

"Sebab itu kita lihat ramai anak negeri kita yang gagal mendapat pekerjaan di Melaka tetapi berjaya di negeri-negeri lain".
"Insya Allah jika PR memerintah kita akan mengujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negeri ini" tambahnya.
Sementara YB Goh dalam ucapannya meminta rakyat negeri Melaka menyokong PR yang jelas berhasrat untuk membentuk kerajaan yang telus, adil dan saksama.
"Kita akan membentuk kerajaan yang bebas dari rasuah, berintegriti, cekap, bersih dan mengutamakan kebajikan rakyat".
"Kita tidak akan melayan semua rakyat dengan adil tanpa mengira agama dan bangsa" kata Goh yang merupakan ADUN Kesidang dan juga Ketua Pembangkang.
Kesimpulan yang dapat kita buat dari ucapan mereka ialah PR Melaka yakin sesuatu yang mengejutkan akan berlaku di Melaka dengan rakyat akan menolak BN dan beralih angin kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang adil, telus, saksama dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Forum Pakatan Rakyat yang julung kali diadakan itu berlangsung di Balai Islam Telok Mas. Ianya dianjurkan bersama oleh PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Kota Melaka.

Comments

ya..kita harus tanamkan keyakinan kita dapat merampasnya dan memulakan kerja keras dari sekarang..tiad sesuatu yang kekal..yakinlah.. dengan demikian kita punya smangat untuk bekerja dan tawakkal..bahwa alloh jua yang abadi..salam perjuangan
Anonymous said…
BERANGAN LE KORANG... ANGAN2 MAT JENIN.................... HAHAHAHA
Anonymous said…
nak urus perak pon tak mampu,ini pula kota melaka...
INSYAALLAH KERJASAMA PEMIMPIN 2
PAS PKR DAP AKAN MEMPERKASAKAN
LAGI PAKATAN RAKYAT DAN MEMBAWA KEMENANGAN BESAR DI BUKIT GANTANG DAN BKT SELAMBAU.

AMEEN.
Anonymous said…
Bolih apa tak bolih nya. Mereka semua dah kenyang sekenyang nya....yang ketam tu ketam saja selalu....Cuba selidik berapa banyak tanah dah beralih tangan....tak ada duit jual tanah....otak tak ada punya ketam...bukan melayau pun ...benggali...he he melayu melaka tertipu
Anonymous said…
merantau, isk isk... sedihnya...
Anonymous said…
wei mat....kepaleotak ko berangan...kalau Allah takdirkan jgk PR menang di Melake PRU akan dtg cm ne?????????....sape ko nk lawan kuase Allah.....dasar bangang ckp mcm org xd agame....dasar mmg barua umno!!!!!
Anonymous said…
kalau pemimpin dah bengap, giler jawatan, mcm mane nak menang. Pas ni kan parti kuat berangan. Apatah lagi anwar, lagi kuat. nak jadi PM la konon. piiiiiiiiiiiiraaahhhhh mabokkkkkkk. muka tak rata. pemimpin PR kat melaka ni mcm sampah, tak boleh buat keje, dungu, mcm katak bawah tempurung, bodoh. cam mane nak menang. berangaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn je la weiiiiiiiiiiiiiiiii. Allah takkan menangkan golongan jahil dan jahat seperti Pas Pkr Dap.
Anonymous said…
wei bangang....ko ingat pemimpin umno yg ko bangge2kn sgt tu bgs sgt ke haa????.....ppiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh...khakkkkkkkk ptuiiihhhhhhh!!!!!!!!.....pemimpin ko tu lg bangang x tau wat keje tp nk berlagak tau wat keje,stakat sogok menyogok tu tau wat keje ke,stakat mengamalkan double standard tu tau wat keje ke,stakat rampas hak rakyat tu tau wat keje ke?...lagi ap ek??....wei kerbau,sendiri mau ingt r ap lg,kalau nk cite pasal keburukan umno smp besok pun x abis r...bodoh mcm lembu.....Allah pun xnk dan x izinkn pemimpin yg bangang,gile kuase,pengamal rasuah,double standard dan rampas hak rakyat mcm ko rr barua umno...blh jln rrrr.....