Terbukti kerajaan PR jauh lebih baik dan berkesan berbanding kerajaan BN yang hanya mementingkan diri sendiri dan pemimpinnya sahaja. Kesemua pemimpin kerajaan BN kaya raya dan hidup senang lenang berbanding dengan pemimpin kerajaan PR yang hidup secara sederhana dan tidak mengumpul harta.
Contoh terbaik ialah Menteri Besar Kelantan walaupun sudah memerintah lebih dari 18 tahun sejak 1990, Tuan Guru Menteri Besar tetap hidup sederhana berumahkan rumah kayu, tidak mengumpul harta, anak-anaknya tidak mengumpul kekayaan dan tidak pernah kita dengar exco dan ADUN mereka didakwa atas kesalahan rasuah.
Di Perak walaupun kerajaan PR dibenarkan memerintah selama 10 (kemudian dirompak kuasanya minggu lepas) namun banyak masalah yang ditinggalkan oleh BN dapat diselesaikan.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, S Ambiga menggariskan beberapa perkara tersebut antaranya :-
1) Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
2) YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
3) Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
4) Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
5) Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
6) Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
7) Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Selain itu banyak program kebajikan rakyat yang dijalankan oleh kerajaan antara air percuma sebanyak 20meter padu, dermasiswa RM1,000 untuk semua mahasiswa yang berjaya memasuki IPTA, mengurniakan 1000 ekar tanah untuk sekolah agama rakyat, mengurniakan 300 ekar tanah untuk sekolah cina, menggalakkan program agama di masjid & surau dan sebagainya.
Comments