NIZAR ADA HAK MASUK PEJABAT ~ Ref Malaysiakini

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman menggesa pihak berwajib menyelesaikan kemelut politik di Perak di mahkamah bagi mengelakkan ianya terus berlarutan dan tiada kesudahan.

"Masing-masing mendakwa pihak mereka betul, Nizar mempunyai hak untuk datang ke pejabatnya di Bangunan SUK kerana beliau yakin kerajaan BN Perak yang ditubuhkan baru-baru ini tidak sah".

"Beliau juga berhak menjalankan tugas rasminya di kediaman rasmi Menteri Besar kerana beliau yakin bahawa dirinya masih Menteri Besar yang sah kerana belum dilucutkan jawatan perlembagaan negeri Perak" tambah Imran.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Imran yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.
Imran juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram.
Beliau mencadangkan kerajaan BN yang ditubuhkan dibubarkan dan berharap SPR dapat mengadakan pilihanraya kecil di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebagaimana notis kekosongan DUN tersebut yang dihantar oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar.
Selain itu menurut Imran, satu lagi cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membubarkan DUN sebagaimana yang dinasihatkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada Sultan Perak agar baginda memperkenankan pembubaran DUN.

Comments

Anonymous said…
jangan membuat komen yang berat sebelah..kita mesti melihat perkara ini dari sudut yang lebih meluas...yang pasti sultan sudah tidak berkenan untuk nizar meneruskan tugasan bagi pihaknya....dengan itu adalah sukar bagi beliau untuk melaksanakan tugas bagi pihak tuanku dan berhadapan dengan tuanku...setiap kejadian ada hikmahnya..banyak2 bersabar dan minta hidayah dengan Allah..bukannya membuat sesuatu yang menunjukkan ketidakmatangan diri sendiri
Anonymous said…
PAS melaka yang bodoh ni asyik jaga negeri orang. tak boleh jaga negeri sendiri ka? PAS kat negeri sendiri kucar kacir, nak jaga negeri lain plak. bodoh nak mampos PAS melaka nie.