BONGKARKAN MASALAH BERIKAN JALAN PENYELESAIAN

PAS konsisten membongkar masalah negara antaranya isu keselamatan, rasuah, penyelewengan, kenaikan tarif dan harga barang, demokrasi tempang, hutang negara, diskriminasi dan sebagainya.

Pembongkaran isu-isu ini sehingga sekarang seolah-olah tidak memberi kesan kepada rakyat. Mereka tidak melihat isu dan penyelewengan sebagai isu besar atau mungkin mereka tidak percaya dengan semua isu yang dibongkar oleh PAS. Laporan tahunan Ketua Audit Negara pun tidak memberi kesan walaupun berbagai ketirisan dan penyelewengan dilaporkan.

Sebagai tambahan kepada pembongkaran isu-isu ini saya ingin mencadangkan supaya PAS menyatakan jalan penyelesaian kepada isu yang berbangkit. Berikan jalan penyelesaian yang praktikal dan boleh dicapai supaya rakyat melihat PAS adalah penyelesai masalah bukan hanya pandai mencari salah.

Tekankan tentang jalan penyelesaian lebih utama dari membongkar keburukan dan penyelewengan. Umno sebenarnya berjaya menanamkan dalam minda rakyat bahawa PAS hanya pandai mencari kesalahan orang sahaja tanpa ada penyelesaian.

PAS mesti memikirkan perkara ini dengan serius ......

Comments