UMNO AJAR CARA POLITIK BARU DI BUKIT GANTANG

Kempen PRK Bukit Gantang sedang rancak berlangsung. Tinggal 7 hari lagi pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menghukum calon dan parti yang mereka benci dan meluat.

Di pihak Umno yang dipimpin oleh pemimpin lama tetapi jawatan baru mereka masih belum berubah walaupun menyatakan bahawa Umno akan mengamalkan cara politik baru bersesuaian dengan pimpinan baru muka lama.

Namun dari pengamatan saya politik baru mereka adalah seperti di bawah :-

1) Pemimpin Umno bukan lagi tinggal di Tingkat 4 tetapi duduk sekali bersama orang No. 1. Ini lagi bahaya dari angkara budak Tingkat 4.

2) Menghalang tazkirah agama di Masjid.

3) Kembali amalkan politik suku agama suku. Politik tidak ada kena mengena dengan Islam.

4) Baling botol air kepada pemimpin PR sebagaimana yang dialami oleh YB Karpal Singh pada hari penamaan calon

5) Lemparkan kata-kata kesat, maki hamun dan sumpah seranah kepada pemimpin PR sebagaimana yang dikenakan kepada Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS Perak

6) Tiada projek segera semasa kempen Pilihanraya yang ada hanyalah projek 'mee segera'.

7) Membunuh media yang tidak sealiran dengan kerajaan serta menafikan hak membuat liputan kepada media-media tersebut.

...............dan lain-lain!!!!!!!!!!!!

Gambar : Projek 'mee segera' di Masjid Al Rahmaniah, Terong.

Comments

Abu Amirul said…
Salam perjuangan,
Tambah lagi, memperalatkan samseng, kaki pukul (pekida) untuk berhadapan dengan pr, dah tak ada daya dah mereka ni, telur pemuda yang kononnya 'langkah mayat kami dulu' sudah hilang.

Wassalam. askamakalikada.blogspot.com
belantiboys said…
Salam perjuangan, perangai umno ni sememang sudah macam ni mustahil sama sekali untuk nak ubah. Lain dari kita yang berubah.