POLITIK LAMA : JUMPA PENGUNDI HANYA KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA

Salah satu cara Politik lama yang dimainkan oleh BN dan Umno ialah berkempen dan bertemu pengundi hanya semasa kempen pilihanraya. Selepas kempen muka YB pun tak nampak. Kalau BN kalah maka lagi teruk. Semua janji BN tidak akan diendahkan. Ini membuktikan BN hanya pandai berjanji dan tidak dapat dipenuhi.

Inilah yang berlaku kepada seorang peniaga barangan 'printing' apabila beliau mendakwa Umno berhutang dengannya dari PRU 2004 sebanyak ratusan juta ringgit. Kes ini belum lagi selesai di mahkamah. Selepas PRU 2004 berlangsung selama 5 tahun, kini Umno tidak mengaku itu hutang mereka. Jadi merana peniaga tersebut.

Nasib yang sama juga bakal dialami oleh pengundi Bukit Gantang jika mereka mengundi calon BN Ismail Safian. Walaupun beliau anak tempatan, belum tentu Ismail dapat turun padang pada setiap kali diperlukan. Seorang saudara rapat beliau dari Kampung Kuala Terong yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu Ismail kurang dikenali di kampung malah kebanyakan masanya dihabiskan di luar Bukit Gantang. Jadi apa ertinya beliau anak tempatan tetapi jarang menjenguk kampung.

Saya yakin YB-YB BN lebih mementingkan perniagaan dan aktiviti politik mereka berbanding dengan tanggungjawab.

Berbeza dengan calon PAS dan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Ir Nizar Jamaluddin yang sudah teruji komitmennya kepada tugas dan tanggungjawab. Bayangkan beliau boleh dikatakan habis meronda ke seluruh negeri Perak sepanjang beliau menjadi Menteri Besar hingga kini.

Malah semalam beliau membuktikan bahawa tanggungjawab kepada rakyat melebihi kepentingan keluarga apabila tetap bersama-sama rakyat disaat anakandanya melahirkan cucu sulung beliau. Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat. Senang sama senang susah sama susah dengan rakyat.

Gambar : Salah sebuah rumah rakyat dalam parlimen Bukit Gantang

Comments