Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royal (Raja) menjadi senjata mereka di samping projek 'mee segera', janji-janji manis, habuan dan politik wang yang sudah sebati dengan darah dan daging mereka.
Kempen BN seperti biasa di bantu oleh 'biro-biro' mereka yang patuh dan taat tanpa berbelah bagi seperti RTM, TV3, Utusan Meloya dan lain-lain.
Semalam beberapa maklumat terbaru diperolehi bahawa BN mula memperhebatkan kempen mereka mengaitkan isu perkauman bagi meraih simpati pengundi melayu terutama di kampung-kampung.
Antara isu yang dimainkan ialah Nizar adalah boneka DAP dan sentiasa tunduk dan patuh kepada DAP. Jika Nizar menang kata mereka, tidak mustahil negeri kita akan menjadi seperti Singapura tergadai kepada kaum Cina dan Cina akan menguasai negeri kita dan Melayu akan ditindas.
Terbukti ini merupakan isu perkauman sempit yang amat bahaya dimainkan oleh BN semata-mata ingin mendapatkan sokongan. Isu ini jelas akan menyebabkan hubungan rakyat berlainan agama dan keturunan iaitu Melayu dan Cina mungkin terjejas.
Saya mencadangkan seluruh rakyat Bukit Gantang supaya membuat laporan Polis terhadap tindakan BN yang jelas menghasut rakyat dengan isu perkauman (race) yang bahaya ini. Polis sila siasat sesiapa yang memainkan isu ini dan hadapkan mereka ke muka pengadilan jika terbukti bersalah.
Menurut maklumat dalaman antara tukang-tukang kempen BN yang memainkan isu ini adalah hero tua pencen iaitu Jins Shamsuddin.
Gambar Hiasan : Trak dan Land Rover FRU di hadapan Martek yang jelas membazirkan duit rakyat.
Comments
Kawasan Cina,India mereka tak dapat sambutan pula.
Pencacai mereka yg.pergi berjumpa pengundi(Cina) sekadar tunjuk muka cakap lain hal punya ,tak menyentuh pon pasal pilihan raya.
Sikit hari lagi ada lah wakil wanita mereka datang bagi duit pada orang Tua Tua duit kebajikan konon nya.
Biasa lah yg.untung mereka dapat merasa.,undi rahsia.
Pengundi Melayu pula,mudah di gula gula,sebab masih mengharap bantuan kut kut ada.,
Dapat beras sekampit,sekilo gula,di tambah pula duit sepuluh dua,hemm!!!mula pening undi mereka.
Kan Melayu mudah lupa.
Kita belajar dari sejarahnya.