PRK BUKIT GANTANG : RUMAH 'MEE SEGERA' MIKE TYSON

Satu demi satu projek 'mee segera' dijalankan oleh BN untuk memancing undi pada PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Ternyata kenyataan bakal Perdana Menteri hanyalah omong kosong.

BN benar-benar ketandusan idea dan taktik untuk berdepan dengan jentera PR yang jelas mendapat sambutan hebat dari pengundi. BN masih terus mengamalkan stail POLITIK LAMA mereka memancing undi dengan projek pembangunan yang dibuat menjelang hari pengundian. Jika tidak ada PRK jangan harap rakyat mendapat projek tersebut.

Hari ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Muhd Taib atau mesra dengan nama manjanya Mike Tyson mengumumkan bahawa rakyat miskin tegar di Bukit Gantang bakal menerima ole-ole besar sempena pilihanraya kecil kali ini apabila rumah berharga RM33,000 sebuah siap dibina pada tahun ini.

"Kita akan bina 154 buah rumah dan kita akan beri secara percuma (kepada golongan miskin)," kata .

Beliau, juga ketua penerangan Umno, mengumumkan bantuan itu di program ramah mesra kementeriannya di Kampung Air Tin, DUN Changkat Jering.

Ternyata BN benar-benar terdesak apabila mengerahkan hampir semua kementerian menjalankan program masing-masing menggunakan duit rakyat bagi memancing undi.

Tanpa segan silu BN meratah duit rakyat untuk menipu dan menggula-gulakan rakyat dengan projek pembangunan. Inilah stail POLITIK LAMA BN yang mesti ditolak oleh rakyat pada 7 April nanti.

Comments

rentakjari said…
mike tyson ada lagi ke?

ingat kalau dah kalah tak dengar suara.
wowowo !