MENINGGAL SELEPAS BERJUANG DI BUKIT GANTANG

Seorang lagi pejuang Islam di Melaka, Allahyarham Taharin meninggalkan kita buat selama-lamanya awal pagi Isnin lalu.
Allahyarham yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Bukit Gantang telah terlanggar pokok tumbang yang merentangi jalan kira-kira 2 km dari rumahnya. Ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari Jasin ke rumahnya di Nyalas.
Menurut laporan, beliau yang baru sampai dari Bukit Gantang menunggang motorsikal dari rumah rakannya Hanan. Motorsikal beliau ditinggalkan di rumah Hanan kerana beliau sama-sama ke Bukit Gantang menaiki kereta bersama Hanan untuk memberikan sokongan moral kepada PAS pada hari penamaan calon Ahad lepas.
Pada pagi Ahad lepas beliau bersolat hajat di Masjid Daerah Taiping sebelum sama-sama berarak ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping. Beliau bersolat dibelakang saya dan sempat bergurau dengan saya selepas solat tersebut.
Semasa hayatnya beliau merupakan aktivis perjuangan Islam yang gigih dan komited. Beliau diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Alor Gajah dan juga merupakan AJK Majlis Tindakan DUN Asahan. Beliau merupakan tenaga penting yang berjaya menaikkan undi PAS di DUN Asahan pada PRU 2008 lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah.
Amin.
Saya memohon maaf kerana lambat menyiarkan berita ini.

Comments

mamatparang said…
Inna Lillahhiwainna ilahi rajiun
Semoga Roh nya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman- Amin