Slogan 'PAS FOR ALL' atau PAS untuk semua, memang sangat sesuai dengan politik baru Malaysia yang sedang hangat dicanangkan sekarang.
Politik Baru tidak lagi memperjuangkan satu-satu bangsa, agama dan ideologi.
Politik Baru tidak menggunakan kaum, agama dan sentimen lain untuk meraih kuasa.
Politik Baru tidak didominasi oleh sesuatu kaum.
Politik Baru tidak memungkinkan ada kaum dan agama yang tertindas.
Politik Baru ini sangat sesuai dengan ISLAM yang sesuai untuk semua kaum, agama, bangsa dan zaman. Ianya tidak lapuk dek hujang dan kering dek panas.
Islam mengiktiraf semua bangsa untuk hidup aman damai, sejahtera dan adil. Islam tidak meminggirkan kaum bukan Islam. Ini dibuktikan semasa pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah Munawwarah apabila golongan Yahudi iaitu Bani Nadir, Qainuqak dan Quraizah boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad dengan piagam Madinahnya.
Lebih manis lagi Islam yang memerintah pada waktu itu walaupun penduduk Madinah majoritinya bukan Islam.
Dengan fakta di atas maka saya yakin POLITIK LAMA yang menjadi asas perjuangan BN iaitu berjuang untuk bangsa sudah ketinggalan zaman, lapuk atau outdated.
BN yang mana Umno berjuang untuk melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India sudah tidak relevan dan tidak lagi disokong oleh rakyat.
Fenomena ini dapat dilihat di Bukit Gantang di mana rakyat jelas menolak BN. Jika mereka hadir di dalam program BN pun hanya sekadar mengambil hati pemimpin BN.
Malah POLITIK LAMA BN iaitu ugut, janji manis, projek 'mee segera', pembangunan, memperkudakan agensi kerajaan dan sebagainya jelas sudah tidak laku dan ditertawakan oleh rakyat.
Dalam perkembangan POLITIK BARU ini saya melihat calon PR Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan IKON kepada POLITIK BARU ini. Bayangkan kemana sahaja beliau pergi Nizar sudah tentu akan disambut dengan meriah dan senyum tawa mesra dari rakyat yang berbilang kaum. Beliau juga amat disenangi rakyat dengan kebolehan beliau bercakap berbagai bahasa, boleh menjadi imam dan menyampaikan tazkirah dan juga terbukti mempunyai personaliti dan karisma yang diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Saya yakin pemilihan Nizar sebagai calon PR di Bukit Gantang ini merupakan TITIK TOLAK kepada POLITIK BARU Malaysia dan menguburkan POLITIK LAMA yang masih digunapakai.
Comments