PRK BUKIT GANTANG : POLITIK LAMA BN '3R' MAKAN TUAN

Kempen Umno/BN yang menggunakan isu lama dan gaya politik lama iaitu berkempen dengan 3R (Race, Religion, Royal) dijangka akan menikam mereka sendiri. Bak kata pepatah 'Senjata Makan Tuan).
Ternyata isu perkauman sempit yang dimainkan oleh Umno/BN sudah tidak laku. Rakyat sudah muak, jelak dan meluat dengan isu ini. Rakyat sudah kenal siapa Umno yang mengaku pejuang bangsa Melayu. Tetapi pada masa yang sama menggadaikan Bahasa Melayu dengan dasar PPSMI; dalam senyap-senyap menggadaikan tanah Melayu kepada Tycoon Lim Goh Tong (Genting Highland, Vincent Tan (Bukit Tinggi), dan Francis Yeoh (Pangkor Laut). (Kalau Umno berikan tanah kepada orang cina miskin mungkin kita boleh faham tetapi mereka gadai kepada tycoon dan kroni mereka.)
Umno juga cuba menggunakan masjid untuk berkempen. Mereka mengadakan program bacaan yasin, menghalang sebarang program agama di masjid yang melibatkan bukan pegawai masjid di mana hanya pegawai masjid yang boleh menjadi Imam, memberi tazkirah, membaca khutbah dan sebagainya. Tindakan Umno ini menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat dengan Umno/BN.
Begitu juga dalam isu derhaka kepada Sultan. Rakyat sebenarnya masih ingat sebagai sebenarnya penderhaka yang meminda perlembagaan negara mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
3R benar-benar makan tuan. 7 April menjadi saksi BN tersungkur ditangan kuasa rakyat.

Comments

Anonymous said…
saya amat terkejut bila baca khutbah jumaat yang disediakan oleh umno bhg. Puak-puak ni kalau nak menang carilah cara yang lain.Memang patut beberapa buah masjid di sekitar Bkt Gantang khatibnya tak sanggup membaca khutbah tersebut, malu makmum mendengarnya.