Anwar MASUK "DALAM" PR makin KUAT

Jika Anwar dijatuhkan hukuman bersalah 9 Januari ini PR akan menjadi bertambah kuat. Setelah mendapat sokongan padu rakyat berbangsa Tionghua sekarang, PR akan melonjakkan sokongan orang Melayu pula andai Anwar didapati bersalah oleh mahkamah.

Jika BN meramalkan PR akan lumpuh jika Anwar dipenjarakan, ia merupakan ramalan meleset kerana dari tinjauan beberapa pihak PR akan mendapat simpati dari 10-20 % pengundi Melayu jika Anwar bersalah. Golongan pertengahan dan pengundi muda yang terdedah kepada info kedua iaitu internet sudah tentu akan beralih sokongan kepada PR dan pertambahan sebanyak 10-20 % sokongan pengundi Melayu ini sudah cukup untuk membuatkan BN menjadi pembangkang pasca PRU 13.


Sementara itu media melaporkan bahawa  Anwar Ibrahim yakin kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas berhubung apa juga keputusan yang akan dibuat mahkamah terhadap kes tuduhan liwat yang dihadapinya.
Anwar mengingatkan bahawa sebarang kemungkinan atau kesan tersebut bukan sesuatu yang peribadi.
"Ini kerana (dalam) Pakatan Rakyat, kita pimpin dan putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan. Kita cukup bersedia," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.
Anwar berkata, beliau tidak memikirkan Pakatan Rakyat akan hilang selepas keputusan terhadap kes itu.
"Saya sendiri tidak menolak apa juga kemungkinan dan risiko bukan sahaja tentang soal dipenjarakan tetapi juga kemalangan atau macam-macam boleh berlaku.
"Persoalannya adakah Pakatan Rakyat mempunyai persediaan? Jawapannya ya," tegas beliau.
Beliau menambah, walaupun bertanggungjawab mengendalikan kebanyakan mesyuarat, namun sesuatu keputusan yang dibuat itu tetap dilakukan secara bersama.
"Kita bincang bersama dan bersetuju. Saya rasa tidak ada masalah (terhadap apa sahaja keputusan terhadap kes tuduhan liwat).
"Kalau ada fikiran di kalangan pimpinan Umno mahu melenyapkan atau memenjarakan Anwar, untuk menjejaskan Pakatan Rakyat, saya nak jawab tentang sebaliknya.
"Pakatan Rakyat terdiri daripada asas perjuangan yang jelas, dasar dipersetujui bersama dan komitmen kita untuk meneruskan agenda bagi melakukan perubahan pada negara kita," katanya.
Mahkamah Tinggi pada 9 Januari depan akan memutuskan sama ada Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atau tidak terhadap dakwaan melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, tiga tahun lalu.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara, dekat sini pada 26 Jun 2008.
Beliau menghadapi hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Comments