PR Melaka di landasan TERBAIK untuk MENANG PRU 13.

Penganalisis Politik Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata PR Melaka berada dalam landasan terbaik untuk memenangi banyak kerusi pada PRU 13 nanti. Ini berdasarkan kepada kajian firma yang diketuai beliau iaitu Zentrum Future Studies Malaysia yang dijalankan di Melaka.

"PR dan BN Melaka tidak banyak bezanya dari sokongan rakyat, ia hanya berselisih sedikit sahaja, tiada siapa yang dominan".

"Untuk memastikan kemenangan mutlak PR mesti bekerja kuat, mengatur strategi yang tepat dan mempunyai barisan kepimpinan yang meyakinkan rakyat" tegas beliau.

Abu Hassan berkata demikian pada program Wacana PRU 13 : Menuju Seri Negeri yang dianjurkan oleh PAS Melaka di Ayer Keroh pagi ini.

"Rakyat khususnya golongan muda cenderung untuk menyokong PR dan terpulanglah kepada PR untuk menguruskannya"

"Mereka terdedah kepada media baru, maka sesiapa yang ingin menang mesti menguasai media baru dan ini disedari oleh semua pihak, cuma siapa yang hebat menguruskannya dia menang" ujar Abu Hassan.

Comments

Anonymous said…
apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar belaka, kebelakangan ini didapati kecenderungan untuk berpihak kepada pakatan rakyat adalah sangat baik terutama anak-anak muda dan kaum keturunan cina. kakitangan kerajaan persekutuan di melaka pun sangat-sangat membenci perangai kerajaan negeri yang suka memaksa kakitangan hadir ke majlis anjuran kerajaan negeri, buang masa buang duit aje, konon nak tunjuk sokongan kepada kerajaan walhal makin dibenci, menyampah, meluat.
Anonymous said…
Sama ada anda semua perasan atau tidak, kaji selidik yang dilakukan oleh Zentrum selama ini tidak tepat langsung. Keputusan di dalam PRU dan PR Kecil menjadi bukti. Sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat terlalu menebal.