SISWA CEDERAKAN DIRI SENDIRI, LEMBU BELI KONDO SENDIRI

Di Malaysia ini semua perkara walaupun melibatkan kecederaan dilakukan dengan oleh diri sendiri. Anwar menumbuk mukanya sendiri sehingga matanya lebam. Mat Sabu sengaja terjun dari motorsikal untuk mencederakan diri sendiri semasa Bersih 2.0.

Lembu NFC pun beli kondominium sendiri bukan dibeli oleh tuannya. Semalam mahasiswa yang cedera teruk pun mencederakan diri sendiri. Itulah Malaysia. Polis Malaysia sangat baik. Mereka langsung tidak mencederakan rakyat dalam semua himpunan termasuklah Bersih 1 & 2. Rakyat mati semasa Bersih 2.0 pun sebab bunuh diri bukan sebab Polis. Mereka sentuh dan jentik pun tidak.

Hebat Polis Malaysia, mana ada Polis sebaik Polis Malaysia. .............

Comments

Anonymous said…
Pelajar-pelajar itu perlu mengadukan kepada QS dan THES yang mengawal ranking universiti di dunia. Atau menulis kepada universiti-universiti tersohor di peringkat dunia supaya memboikot sebarang bentuk kerjasama dengan IPTA-IPTA Malaysia kerana sikap yang tidak wajar kepada mahasiswa. Sekiranya QS dan THES atau universiti-universiti itu mengambil tindakan, ramai NC yang akan menggigil ketakutan
Anonymous said…
patutlah anak-anak polis ni susah nak berjaya...penipu memanjang...