TRAGEDI UPSI : SAFWAN ANANG MENGAKU DITUMBUK DAN DITERAJANG (Video)

Mangsa kekejaman di UPSI, Safwan Anang mengaku beliau ditumbuk di muka dan diterajang dengan lutut menyebabkan beliau cedera dan dirawat di hospital.

Beliau membuat kenyataan demikian ketika ditanya oleh wartawan sebaik keluar dari Hospital Slim River hari ini.

Safwan berkata beliau cuba membantu kawannya yang diheret dan ketika itulah beliau diserang dengan keras. Beliau akan membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat. Sementara itu ibu mertuanya, Ustazah Mariam Abdul Rashid berkata beliau berbangga mempunyai anak dan menantu yang berjuang untuk menegakkan kebenaran. Beliau berharap lebih ramai mahasiswa akan bangkit memperjuangkan kebenaran.

Comments

Anonymous said…
SESIAPA SAHAJA KALAU BERKAWAN DENGAN UMNO PASTINYA JADI MACAM SYAITAN. APA DAH JADI DENGAN PDRM, SPR, SPRM? YANG MENGZALIMI PELAJAR UPSI ITU ADALAH PENGIKUT SYAITAN.