Adun Bukit Baru, Dr Mohd Khalid Kassim mengajak rakyat
Melaka khususnya dari Dun Bukit Baru untuk sama-sama menyumbangkan buah fikiran
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kebajikan rakyat
antaranya masalah keselamatan, kos hidup yang semakin tinggi, gejala sosial dan
masalah pengangguran dan sebagainya.
“Mari sama-sama kita sumbangkan tenaga, buah fikiran dan
idea untuk kita kurangkan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat”.
“Walaupun saya bukannya pimpinan kerajaan negeri tetapi
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri saya boleh menyalurkan segala maklumat dan
kehendak rakyat kepada kerajaan melalui Sidang Dewan Undangan negeri atau saya boleh
berjumpa sendiri dengan pimpinan kerajaan negeri” ujar beliau.
Khalid berkata rakyat sewajarnya mengambil bahagian dan
sama-sama berganding bahu dengan pimpinan kerajaan dan semua Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) dalam menyelesaikan semua isu-isu penting yang berkaitan
dengan keselamatan dan kebajikan rakyat.
“Input dan maklumat dari rakyat sangat penting kerana dari
situlah inputnya dapat diproses dan difahami dan seterusnya tindakan yang
sesuai boleh diambil oleh Adun dan kerajaan”.
“Rakyat mesti tampil ke hadapan untuk sama-sama
bertanggungjawab memainkan peranan membantu kerajaan dan Adun dalam semua isu
yang berbangkit” tambah beliau dalam kenyataan yang diemelkan kepada SInar
Harian.
Comments