UMNO SUKA TOK GURU UNDUR

Sejak dari tahun 1990 iaitu sebaik sahaja PAS menawan negeri Kelantan, Umno/BN cuba pelbagai gaya dan taktik untuk merampas negeri Kelantan. Mereka hampir berjaya melakukannya pada pilihanraya umum 2004 apabila PAS dan BA hanya menang majoriti 1 kerusi. Malah DUN Kemuning yang dimenangi PAS pada ketika dimenangi dengan 2 undi sahaja. Namun PAS tetap bertahan. Semuanya kerana ketulusan dan keikhlasan perjuangan PAS yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Umno/BN memang mengakui bahawa selagi Tok Guru memimpin Kelantan selagi itulah sukar bagi mereka untuk mengalahkan PAS. Itu ramalan dan telahan mereka. Sebab itulah serangan bertali arus sedang dihamburkan kepada Tok Guru sehari dua ini.
Yang pasti Tok Guru sebenarnya lali dengan serangan, fitnah, tohmah dan tembakan Umno/BN ini. Apa yang tidak digunakan oleh Umno/BN untuk menyerang Tok Guru. Beliau dituduh mencarut, bercakap kasar, biadap, celupar, bersikap pilih kasih, salah guna kuasa, rasuah dan macam-macam lagi. Tetapi Allah tetap memelihara kerajaan Kelantan dan Tok Guru. Rakyat Kelantan tetap berada di belakang Tok Guru hatta orang Umno sendiri.
Semalam beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Tok Guru berhubung hasratnya untuk berdoa bagi memberikan peringatan di atas kezaliman pemimpin Umno dan kerajaan BN mengenai isu royalti minyak.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa Tok Guru meletakkan jawatannya.

Dikepalai Timbalan Ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Tok Guru Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Saya yakin desakan ini tidak meninggalkan bekas kerana semua orang kenal siapa Che Johan dan siapa pemimpin Umno. Hidung mereka, perangai mereka, tingkah laku mereka semua orang Kelantan sudah kenal bagaikan mereka mengenali saudara mara mereka.

Rakyat Kelantan faham benar dan mampu membandingkan pemimpin Umno dan Tok Guru.


Comments