KATA-KATA ALUAN KARNIVAL PAS BUKIT KATIL

Segala puji serta syukur hanya bagi Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan inayahNya jualah maka program Karnival PAS Bukit Katil anjuran bersama UPU Bukit Katil dan PAS Kawasan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Program karnival ini bermatlamat untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat setempat bagi mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara PAS dan rakyat. PAS sejak dari awal penubuhannya memang tidak pernah leka membela dan membantu rakyat semaksima mungkin bagi membela rakyat dalam apa juga masalah.

PAS bukan semata-mata pertubuhan politik tetapi juga sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan. Tidak syak lagi program ini membuktikan bahawa PAS bukan sebuah parti politik Islam semata-mata tetapi juga berjuang dalam semua bidang seperti dakwah, ekonomi, seni dan lain-lain. Perjuangan PAS adalah universal dan menyeluruh sesuai untuk semua kaum, tempat, agama dan sebagainya.

Karnival ini yang dimeriahkan dengan Malam Kesenian, Forum, Ceramah Perdana, Sukaneka, Gerai Jualan, Rawatan Kesihatan dan lain-lain sudah tentu akan dapat merapatkan hubungan PAS dengan rakyat.

Program ini terbuka kepada seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira kaum dan agama.

PAS Kawasan sebagai penganjur bersama menjemput seluruh rakyat negeri Melaka, khasnya penduduk di sekitar Parlimen Bukit Katil untuk hadir sama-sama memeriahkan program ini, Insya Allah kita akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita.

Saya mendoakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Amin. Terima Kasih.

Sofi Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
Nota : Program berlangsung di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil pada 4 - 6 Disember.

Comments

cucu mamak kutty, said…
saLAM,apa lah ydp ni....jemput org ke karnival tapi tarikh nya bila dan tempatnya kat bulan ke,bintang ke,kalu cakap biau le terhanggggg
I harap pihak PR dan yang terutamanya PAS guna pakai Bahasa Malaysia dengan cara yang betul .
Tak perlu pakai "karnival".
Karnival ni apa ni?
perkataan Pesta boleh di guna pakai .
umno suka rojak-rojakan Bahasa Malaysia.
Jangan ikut-ikut teladan burok mereka tu.