"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di Port of Spain semalam.
Itulah 'standard' Perdana Menteri Malaysia yang tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham tentang Sistem Federalisme yang diamalkan oleh negara kita Malaysia.
Mati-matian pemimpin BN tidak mahu menerima keputusan rakyat yang memilih PAS dan PR memimpin kerajaan negeri Kelantan. Mereka sanggup menyalurkan royalti minyak atas nama wang ihsan kepada pihak lain yang diujudkan oleh mereka. Semuanya kerana hasad dengki dan bongkak mereka tidak mahu tunduk kepada kemahuan rakyat.
Sama seperti yang pernah mereka lakukan semasa Terengganu jatuh kepada PAS dan BA pada Pilihanraya Umum 2004 dahulu. Sepantas kilat mereka menukarkan dan menggelarkan royalti kepada wang ihsan dan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan. Lebih malang lagi Ketua Umno Bahagian juga menjadi saluran untuk mengagihkan wang ihsan tersebut.
Itulah kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin BN kepada rakyat negara ini yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka melaksanakan kemungkaran dan kebobrokan.
Sampai bilakah mereka akan bertindak zalim begini. Maka amat wajar golongan zalim yang tidak takut kepada Allah ini didoakan supaya tidak selamat. Kita tidak mendoakan keburukan kepada individu tetapi kepada sesiapa sahaja yang zalim dan jahat. Sesiapa yang makan lada mungkin terasa pedasnya.
Comments