SUDAH! SUDAH! SUDAH! JANGAN GUNAKAN MEDIA SELESAIKAN ISU!!!!!!!!!

Sudah berapa kali saya catatkan dalam blog ini tentang kesilapan kita semua menggunakan media bagi menyelesaikan masalah. Mengapa begitu degil ahli dan pimpinan kita.
Mengapa masih mahu menggunakan media untuk menyelesaikan isu dalaman parti.
Mengapa masih menyuakan leher kita kepada media untuk disembelih dan digulai.
Bukan sekadar di dalam blog ini, saya juga sudah bercakap 2 kali dalam 'forum' di peringkat Nasional tentang bahayanya bercakap kepada media mengenai isu-isu dalaman parti. Pertama ketika bercakap pada Muktamar PAS tahun ini di Stadium Malawati dan kedua pada Seminar Pemerkasaan PAS di Taman Melewar baru-baru ini.
Mungkin suara kerdil saya ini tidak berguna dan 'hampas'. Namun di saya yakin adalah lebih baik tidak semua berdiam diri dan tidak bercakap kepada media dalam isu-isu sensitif dan isu dalaman. Lebih baik kita selesaikan secara syura dalam parti kita. Dalam ini diam lebih dari baik dari pok pek pok pek.
Mutakhir ini kita lihat masih ramai yang suka bercakap kepada media. Seumpama media menjadi penyelesai segala masalah. Sehingga kadang-kadang mereka yang bercakap kepada media ini tidak sedar bahawa percakapan mereka itu sebenarnya menjadi senjata tajam memakan tuan sendiri. Mereka lupa bahawa lebih baik komen mereka itu ditujukan kepada kerajaan BN yang zalim dan jahat serta tidak adil ini.
Banyak kali isu yang boleh mereka sentuh berkenaan kerajaan BN. Namun yang dipeliknya mereka ini lebih suka bercakap tentang isu dalaman bila di'provok' dan diasak oleh media.
Sudah! Sudah! Sudah! Jangan ulangi kesilapan lama!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

salam perjuangan smoga kekal dan mndapat keberkatan-Nya :)