Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.Bercakap kepada media di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.
Bagi saya BTN bukan sahaja perlu dirombak malah ianya wajib dihapuskan dengan kursus lain yang lebih menekankan Islam sebagai panduan. Kita mesti ingat bahawa Islam sesuai untuk semua kaum dan bangsa. Rakyat bukan Islam boleh menimba nilai-nilai murni (semuanya murni) yang ada dalam Islam untuk mereka amalkan seperti ikhlas, rajin, disiplin, dedikasi, telus, jujur, amanah dan lain-lain.
Memang dari dahulu lagi kursus BTN digunakan untuk 'brainwash' perserta kursus supaya taat setia kepada kerajaan dan Umno/BN. Semangat fanatik Melayu ditanamkan. Melayu, Melayu, Melayu. Malangnya Melayu semakin layu dek kerakusan pemimpin Umno membaham kekayaan negara yang berlegar di kalangan mereka.
Baguslah kalau kerajaan BN sudah sedar akan kepincangan BTN. Namun begitu janganlah ulangi kesilapan lalu dengan menggunakan kursus seperti untuk menanamkan semangat cinta kepada bangsa melebihi cinta .kepada agama dan negara.
Sepatutnya seorang rakyat yang cinta kepada negara mestilah bersedia membetulkan segala kezaliman dan kepincangan pemimpin negara bukannya menjadi tukang angguk dan yes man seperti ahli-ahli dan pemimpin Umno yang ada sekarang.
Malangnya semakin banyak kursus BTN diadakan semakin takut pula pesertanya untuk berkata benar dan menegakkan kebenaran kerana takut kehilangan pangkat, kuasa dan kedudukan. Akhirnya pentadbiran hancur, organisasi hancur dan negara lambat laun hancur.
Comments