.

.

10 May 2014

GEMPAR : PAS JUGA LETAK CALON DI BKT GELUGOR

PAS akan ‘menghantar’ calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang bakal berlangsung dari 12 hingga 25 Mei ini.
Berucap di majlis perasmian pusat operasi utama PRK Bukit Gelugor, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, calon PAS pada kali ini akan bertanding dengan membawa logo roket.
“PAS akan hantar calon, iaitu calon yang dihantar oleh DAP,” umumnya disambut sorakan hadirin.
Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, sesiapa yang mengaku ahli PAS dan menghantar borang pada hari penamaan calon adalah bukan ahli PAS dan bukan calon yang direstui.
“Calon PAS hanya bawa simbol roket!” kata beliau.
Mat Sabu menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gelugor adalah simbol perjuangan demokrasi dan perlembagaan dan pengundinya pula mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.
Menurutnya PAS akan bekerja keras bersama-sama jentera Pakatan Rakyat untuk memenangkan calon yang dihantar oleh DAP.
Sebelum itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato’ Mansor Othman turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti tersebut untuk membantu memenangkan calon DAP.
“Calon DAP ialah calon PKR, calon PAS dan calon Pakatan Rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh.
Beliau turut menjangka bahawa Barisan Nasional (BN) akan meletakkan banyak calon semata-mata untuk mengurangkan majoriti besar yang diperolehi mendiang Karpal Singh dalam PRU ke-13.
“Rakyat Pulau Pinang harus buktikan bahawa Bukit Gelugor tidak boleh digugat oleh BN.
“Kita tidak akan beri ruang kepada BN,” tambah beliau.
DAP mengumumkan Ramkarpal Singh, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh sebagai calonnya.
PRK Parlimen Bukit Gelugor bakal berlangsung pada 25 Mei, dengan penamaan calon dijadualkan pada hari Isnin, 12 Mei.
PRK ini diadakan setelah penyandangnya, tokoh DAP mendiang Karpal Singh terkorban dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter