HUDUD DI BRUNEI : BENARKAH SULTAN DIKECUALIKAN???

Ada berita menyatakan bahawa Sultan Brunei terlepas dari undang-undang Islam yang diperkenalkan di negara tersebut baru-baru ini. Jika benar ia merupakan sesuatu yang dikesalkan kerana di dalam Islam tiada yang terlepas dari undang-undangnya jika melakukan kesalahan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang dengan jelas menyebut bahawa jika Fatimah binti Muhammad mencuri dan dibuktikan bersalah nescaya ia akan dipotong tangannya.

Berita antara lain menyebut bahawa :

"Tapi bila terbaca perkara 84B yang terpapar dalam pembentangan kertas kerja mengenai kajian perlaksanaan hudud di Brunei ini menyebabkan aku tertanya-tanya hudud jenis apakah yang dipraktikkan di Brunei sebenarnya?

Kerana menurut fasal 84B. itu menyebut..

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda".

Benarkah begitu??? Mohon feedback dari para pembaca!!!!!!

Kita bimbang ini hanya fitnah kerana sejak pengumuman pelaksanaan hudud ini pelbagai tekanan dikenakan kepada Brunei oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Mungkin ini suatu fitnah untuk memburuk-burukkan hukum Islam oleh mereka yang tidak suka dan memusuhi Islam.

Comments

Anonymous said…
Perkara yang disebutkan oleh saudara saya dah tengok..untuk pengetahuan saudara...Bab itu adalah didalam perlembagaan Brunei yang lama..dan pindaan perlembagaan yang terakhir adalah pada tahun 2008. Enakmen hudud baru sahaja dilaksanakan pada 1 mei 2014.

Pada satu kenyataan akhbar di Brunei Times oleh Kementerian Agama Brunei...hukuman jenayah shariah akan dilaksanakan kepada semua yang berada di brunei tanpa mengira pangkat. Saya akan bagi link bila jumpa balik..Inshaa Allah.

Dan didalam perlembagaan brunei yang lama itu terang terang dinyatakan hanya “Kebawah Duli Sultan Yang Di-Pertuan..” bukan diyatakan “Kerabat” sebagaimana yang disebarkan oleh sesetengah orang. Mohon mereka check balik,jangan main baca sekejap terus tuduh dan hina je..