BAPA BAYI DI DALAM PAM TANDAS DI TEMUI????

BUKIT MERTAJAM: Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Butterworth dekat sini ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth semalam.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari semalam, kira-kira lima jam selepas mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dibawa bapanya ke klinik itu pada Selasa selepas mengadu sakit perut kerana senggugut.

"Ketika diperiksa doktor, remaja perempuan itu memaklumkan dia sakit perut dan mahu ke tandas dan melahirkan bayi lelaki di tandas itu," katanya kepada pemberita selepas 'Program High Policing' di Kubang Semang, di sini hari ini.

Beliau berkata remaja itu dipercayai panik apabila bayinya menangis lalu  memasukkannya ke dalam tangki pam tandas berkenaan sebelum dia pergi ke kereta bapanya yang sedang menunggu di kawasan klinik itu.

Mazlan berkata remaja itu tidak memberitahu bapanya kejadian itu dan mereka terus pulang ke rumah.
Berdasarkan siasatan polis, pelajar itu mengaku mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun, katanya.

Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan sementara  polis cuba mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang dipercayai telah  melarikan diri.

Pagi semalam, seorang pesakit wanita yang menggunakan tandas di klinik itu, menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian di dalam tangki pam tandas klinik itu.

~ JENAYAH DAN MAKSIAT SEPERTI MEMBUANG BAYI DAN BERZINA INI INSYA ALLAH AKAN BERKURANGAN JIKA HUKUM ISLAM - HUDUD, TAKZIR, QISAS DAN LAIN-LAIN DIKUATKUASAKAN. DI SANA ADA KEBERKATAN DAN PENCEGAHAN DARI ALLAH. 

~ Apakah pelajar yang ditangkap itu bapa kepada bayi yang dibuang itu. Polis akan menyiasatnya?

Comments