Isu hudud menenggelamkan semua isu lain. Isu GST, kehilangan MH370, kenaikan harga barang, kesengsaraan rakyat dan sebagainya tidak lagi menjadi bualan dan tajuk-tajuk media.
Hebatnya sungguh sensitiviti media arus perdana, Umno dan kerajaan Malaysia terhadap hudud. Jika dilihat gelagat-gelagat pemimpin bawahan dan pertengahan Umno kita merasakan merekalah parti yang benar-benar ikhlas ingin memartabatkan Islam dan di dunia ini. Pemimpin-pemimpin mereka pula ramai yang mengziarahi Mursyidul Am PAS, bertemu dan bertanya khabar kepada MB dan TMB Kelantan. Ada yang memakai kopiah dan ada yang begitu sopan santun dengan Tok Guru dan pimpinan kerajaan negeri Kelantan.
Sejak bila pula mereka ini begitu tawadhuk dan merendah diri dengan Kelantan. Hebat hebat.
Kita harap pemimpin-pemimpin Umno ini ikhlas dan serius dalam isu hudud ini. Jangan cuba berdolak dalik dan menipu buat kesekian kalinya.
..................................Kita sedang menunggu kenyataan rasmi dari Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri samada Umno benar-benar serius dan mahu menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana sebelum ini Najib pernah membuat kenyataan yang berdolak dalik dan kenyataan itu tidak ditarik balik oleh beliau.
Kita semua yakin jika Najib menyokong hasrat kerajaan Kelantan sudah tentu Ahli Parlimen BN dan semua pimpinan BN khususnya Umno akan menyokong.

Comments