MCA menubuhkan jawatankuasa bertindak khas melibatkan 100 orang peguamnya untuk menghalang enakmen hudud Kelantan diluluskan mengikut saluran undang-undang.
Biro guaman MCA Tay Puah Chuan yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa bertindak itu berkata, mesyuarat pertamanya akan diadakan pada 17 Mei.
Para paguam itu akan membuat sumbang saran cadangan untuk menyekat usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Buat masa ini, MCA berkata parti itu antara lainnya akan berusaha menyekat Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi tujuan berkenaan.
"Untuk ini(menyekat proses Parlimen), peluangnya nampak tipis,” kata Tay dalam satu sidang media hari ini.
Usaha kedua adalah memfailkan saman untuk memastikan Kelantan tidak boleh melaksana enakmen negeri itu, yang dianggap tidak mengikut perlembagaan.
"Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang paling tinggi di negara ini, apa-apa undang-undang baru dianggap undang-undang yang dianggap tidak mengikut perlembagaan, dan akan menjadi tidak sah dan batal,” katanya.
~ Jangan kurang ajar dengan hukum-hukum Allah. Kami sentiasa menghormati kamu dan kamu wajar menghormati kami.

Comments