MARI KITA SAMA-SAMA MAKAN UBI GANTI NASI

Mari kita sama-sama makan ubi sebagai ganti kepada nasi. Ini sesuai dengan cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin yang mencadangkan pengambilan ubi bagi menggantikan beras.

Beliau berkata ubi dilihat sesuai dengan trend makanan masyarakat Malaysia sekarang.

"Malah, kanak-kanak juga gemar makan kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi-ubi tersebut. "Di Jepun, harga ubi keledek sangat mahal kerana penduduknya lebih menggemari makanan itu berbanding nasi," katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat di sini hari ini.

Masalahnya Puan Dr, cukup ke ubi yang ada di negara kita ini kalau semua orang makan ubi bagi menggantikan nasi. Takut nanti bila semua orang dah suka makan ubi, ubi pula yang kehabisan.

Kalau benar semua rakyat suka mahu makan ubi saya cadangkan Chef Wan dan Chef yang lain buat resepi yang sedap-sedap dan tidak menjejaskan kesihatan untuk menarik minat rakyat makan ubi. Mungkin perencah dan kuahnya akan menambahkan selera rakyat makan ubi.

Dan jangan lupa sediakan tanah dan kawasan untuk penanaman ubi kayu, keledek dan mungkin juga ubi kentang agar negara kita dapat memberikan bekalan secukupnya kepada rakyat yang ketagih ubi. HIDUP UBI SEGALA UBI

Menurut laporan Bernama, forum tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.

Felo Kanan ISIS, Dr Larry Chee-Yoong Wong, yang turut menjadi ahli panel dalam forum itu, menyokong cadangan Mahani itu dengan berkata ia merupakan langkah yang baik kerana kedua-dua ubi berkenaan mempunyai pelbagai khasiat serta baik untuk kesihatan.

Sumber berita : Malaysiakini

Comments