APA TUNGGU LAGI YB SABAH TINGGALKAN PERAHU YANG BOCOR

Selepas pembentukan cabinet kerajaan Islam Hadhari dibuat, saban hari kita terdengar rungutan bahawa Sabah dianaktirikan oleh kerajaan BN pimpinan Imam Hadhari Pak Lah.

Pelbagai dengusan dan keluhan kita dengar. Antaranya Sabah diketepikan dari segi politik di mana bilangan menteri yang dilantik terlampau sedikit; masih ada kampung di Sabah yang tiada elektrik dan jalanraya yang baik; bekalan air tidak sempurna dan bermacam-macam lagi.
Semua ‘complaint’ ini bertitik tolak dari rasa tidak puashati Ahli-ahli Parlimen Sabah yang tidak dilantik sebagai menteri penuh. Antara yang lantang mengkritik ialah dua orang Timbalan Menteri yang dilantik Imam Hadhari tetapi menolak jawatan tersebut. Merek ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Ghapur Salleh dan Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman (adik Musa Aman).
Mereka mempertikaikan ada negeri di Semenanjung yang mempunyai tujuh orang menteri penuh di dalam cabinet sedangkan Sabah yang menyumbangkan kerusi parlimen yang banyak tidak mendapat bilangan menteri yang seramai itu.

Sabah dan Sarawak menyumbangkan lebih dari 50 kerusi untuk pembentukan kerajaan BN yang gagal mendapat majority 2/3. Tanpa Sabah dan Sarawak maka sudah pasti Imam Hadhari menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Semalam, Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh memberi amaran kepada wakil rakyat yang lain supaya tidak mempersoal keikhlasan anggota dari Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhenti bertindak bagi pihak kerajaan dalam menjawab sebarang isu mengenai Sabah.

Sambil membidas Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN-Sri Gading) mengenai kenyataan beliau tentang anggota Parlimen Sabah semasa membahaskan usul terima kasih terhadap titah Diraja, Abdul Ghapur berkata, sepatutnya di dalam BN, anggota tidak patut mencabar satu sama lain.
"Sri Gading masih berpemikiran penjajah, tidak terbuka. Apa yang saya titik beratkan ialah kita mahu BN diperbaiki, saya bercakap mengenai Sabah, pembangunannya, mengenai masalah pendatang tanpa izin...kenapa orang lain mahu mencabar kami," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen semalam.

Sebelum itu, Mohamed menasihatkan wakil dari Sabah supaya tidak mempertikaikan pelantikan menteri-menteri oleh pucuk pimpinan dan jangan bongkak dan berbangga dengan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lepas.

Abdul Ghapur berkata, setiap pandangan yang dibangkitkan MP Sabah di Parlimen ialah untuk menyuarakan kebimbangan rakyat terutama isu pembangunan dan pendatang tanpa izin. "Jangan salahkan kami (membangkitkan itu) sebab kalau mereka salahkan kami, penduduk Sabah akan mendesak kami berhenti daripada parti," katanya.

Ghapur berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut diberi masa untuk menangani masalah di Sabah.

"Tak apa... Pak Lah mungkin sedang memikirkannya, tetapi jangan tanya Sri Gading (Mohamed) untuk menjawabnya pada kami," katanya.

Kepada seluruh Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, saya nasihatkan supaya cepat-cepat menyeberang ke dalam Kem Pakatan Rakyat kerana terbukti perjuangan Umno dan BN ternyata gagal memberikan keadilan kepada semua rakyat terutama rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa di tunggu lagi, sekarang YB semua sudah sedar bahawa pemimpin parti YB tidak boleh dipercayai, lemah, pilih kasih, mengamalkan kronisme, nepostisme dan sebagainya. Jadi cepat-cepat berhijrah kepada Pakatan Rakyat sebelum terlambat.

Comments