BN HILANG SATU KERUSI DI KEDAH

BN hilang satu kerusi di Kedah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Berita Syed Sobri muflis sudah lama tersebar tetapi sebelum ini ianya dinafikan dan pihak tertentu cuba menutupnya dengan pelbagai alasan. Kini semuanya terbukti benar.
Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata beliau gagal membayar hutang perniagaannya.
Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

Comments

Anonymous said…
Sofi Wahab orang kelantan kena buat kerja elok-elok. Amanah orang bagi tu. Jangan bagi nama syarikat kotor sebab minat politik anda.