UGUTAN BUNUH : ALI RUSTAM DICABAR NYATAKAN PENDIRIAN

Pimpinan PR Melaka mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dicabar untuk menyatakan pendirian terhadap tindakan seorang pimpinan Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang membuat ugutan bunuh terhadap seorang penduduk di Bukit Baru Dalam.'

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata ugutan tersebut merupakan suatu perkara yang serius dan menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mampu untuk berdepan dengan PAS dan PR secara professional.

"Ketua Menteri mesti memberikan kenyataan tentang isu ini"

"Keduanya Umno mesti bertanggungjawab dengan semua isu keganasan politik seperti ini dan ketiganya Polis mesti bertindak segera dan tidak mendiamkan diri sahaja berkaitan isu sebegini kerana banyak laporan dibuat menjadi hambar dan tiada tindakan yang diambil" ujar Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sementara itu Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata sebagai Pengerusi Umno Negeri Melaka dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Mohd Ali Rustam mesti bertanggungjawab dan menyatakan pendirian berhubungan insiden tersebut.

"Kita cabar Ali Rustam supaya nyatakan pendirian berkaitan kes ini kerana ianya sangat serius melibatkan unsur-unsur jenayah".

"Dia tidak boleh berdiam diri kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat dan keharmonian penduduk di situ" ujar Khoo.

Beliau mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya ianya tidak berulang lagi.




Comments