MALAYSIA DIAMBANG YANG SANGAT BAHAYA

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution berkata Malaysia berada di ambang bahaya jika benar dakwaan bahawa kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan Polis dipengaruhi oleh 'gangster' sewaktu dahulu iaitu ketika era Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara.

"Bayangkan tuan-tuan apa jaminan keselamatan kita semua jika kenaikan pangkat pegawai Polis ditentukan oleh penjenayah dan 'gangster'.

"Ini bukan Pakatan Rakyat yang kata tetapi bekas Pegawai Kanan Polis iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramlee Yusof  dan beberapa orang Pegawai lain" ujar Saifuddin pada ceramahnya di Taman Sin Hoe Bukit Baru malam tadi.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa eorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.


Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.



Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.



Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakinibahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.



Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."



Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.



Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.



Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

Comments