Semabok : Adun BN yang dilaporkan oleh sebuah media ditangkap di Pusat Dangdut di Taman Melaka Raya baru-baru dicabar supaya menafikan dirinya terlibat. Cabaran tersebut dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam satu kenyataannya selepas mesyuarat bulanan PAS Melaka di sini malam tadi.
"Kita tidak pernah menuduh Adun terbabit terlibat dengan tangkapan itu, tetapi berita itu disebarkan oleh beberapa media yang menyatakan seorang YB ditangkap".
"Apa yang penting, Adun terbabit mesti membersihkan namanya dengan menafikan dirinya ditangkap dan memberikan bukti-bukti kukuh bahawa memang bukan dirinya yang terlibat dengan peristiwa yang memalukan tersebut" ujar Ustaz Kamaruddin.
Beliau berkata Ketua Menteri juga sepatutnya tidak mencabar pemimpin PR supaya menyatakan siapa Adun yang terlibat sebaliknya Ketua Menteri boleh mendapatkan maklumat tersebut dari media terbabit dan juga pihak Polis yang menjalankan operasi berkenaan.
"Ketua Menteri sepatutnya tanya media yang melaporkan berita tersebut, sudah tentu media terbabit tahu sebab itu mereka berani siarkan berita itu, malah Polis sudah tentu tahu siapa yang terbabit"
"Takkan seorang Ketua Menteri tak maklumat tepat berkenaan isu-isu besar seperti ini, beliau boleh dapatkan dari media dan pihak berkuasa yang menjalankan operasi itu" tambah Kamaruddin yang juga merupakana Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.
Baru-baru ini beberapa media melaporkan bahawa seorang YB telah ditangkap di sebuah Pusat Dangdut di Taman Melaka Raya. Beberapa blog menyiarkan gambar Adun terbabit dan menyiarkan biodata lengkap beliau. Sehingga kini Adun tersebut mendiamkan diir.
Blog ini mencadangkan Adun terbabit supaya tampil membersihkan dirinya dari fitnah itu jika benar beliau tidak terlibat dengan isu tersebut. Sebaliknya jika benar beliau terlibat, maka wajib baginya meletakkan jawatan sebagai Adun dan Ketua Menteri mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya kerana ianya mencemarkan institusi Wakil Rakyat dan kerajaan negeri Melaka.

Comments