PRK SG KANDIS : CAKAP TERANG-TERANG SENANG

PAS diminta bercakap secara terang-terang samada meminta rakyat mengundi BN atau PKR (PH) pada PRK Sg Kandis yang akan diadalah tidak lama lagi. Tidak perlu cakap berdolak dalik dan secara samar-samar. Mengapa segan dan malu untuk berterus terang. 

Hari ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menggesa anggota parti itu membuat pilihan berdasarkan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu dalam mengundi antara calon PKR dan Umno yang bertanding dalam PRK kali ini.
"Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam-Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu," katanya dalam suatu kenyataan hari ini dipetik dari sebuah portal berita online.
Selain mengambil kira sikap PAS terhadap HARAPAN pada PRU lalu, Takiyuddin juga berkata peranan semak dan imbang pembangkang dalam pentadbiran kerajaan, termasuk Selangor adalah penting.
"PAS juga berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah Kerajaan Selangor." tegas Takiyudin lagi.
Bagi blog ini, kami yakin sudah sampai masanya PAS berterus terang kerana kenyataan-kenyataan di atas sudah jelas dan tidak perlu berdolak-dalik lagi. Kami yakin ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia juga sudah bersedia untuk menerima kenyatan bahawa dan Umno sudah boleh tidur sebantal dan mimpi bersama.
Gambar : Sekadar hiasan

Comments

Anonymous said…
Kesian mangsa mamali yg terkorban kerana menentang umno dulu. Dulu mereka mati syahid kerang menentang umno. Sekarang pemimpin pas sendiri suruh ahli pas sg kandis dan balakong undi umno pulak. Menangis roh para syuhada tu tengok keadaan pas bermain politik sekarang.
abu bakar said…
Tobaik bekecuali, tapi pH perlu kalah,adakah @#$_& Akan tolong undi?