PENDAFTARAN DAN LOGO PH : PIMPINAN LEKA DENGAN PEMERINTAHAN?

Ketika menjelang PRU14 pimpinan PH beriya-iya mendesak ROS supaya meluluskan pendaftaran dan logo PH. Kini selepas menang tidak kedengaran lagi isu tersebut. Apakah pimpinan PH sudah lupa atau buat-buat lupa. Atau mereka 'ghalik' dengan kuasa pemerintahan sekarang sehingga terlupa untuk menguruskan parti.

Bagi Blog Mutaligat kami mendesak kepimpinan PH supaya jangan leka dengan keadaan sekarang. Masa berjalan dan terus berjalan. Rakyat mesti diperkenalkan dengan PH dan logo partinya supaya mereka tidak rasa kekok dan janggal untuk mengundi PH pada PRU15 nanti. Bukan mudah untuk memperkenalkan sebuah parti baru dan logonya.

Sekarang ini pimpinan PH sudah tidak ada alasan lagi. ROS juga sudah tidak takut lagi untuk menjalankan kerja mereka. Ini kerana kerajaan sekarang bukan macam kerajaan dahulu yang sentiasa campur tangan terhadap kerja-kerja pegawai kerajaan.

Kami sebagai Blog Pro-PH sangat mengharapkan isu pendaftaran dan logo PH ini dapat diselesaikan dengan segera.

Comments