MANTAN PJ, 3 ORANG MANTAN KETUA PEMUDA NEGERI, MANTAN KETUA PENGARAH AMAL DAN PASTI PUSAT MANTAPKAN GHB MELAKA

Saf kepimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka yang dilantik baru-baru ini dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang mantap dan berpengalaman.
Koordinatornya Adly Zahari adalah bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, bekas Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, bekas Timbalan Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka. Beliau juga adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UTM dan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.
Timbalannya, Jauhar Muhammad Dawi pula merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Manakala mantan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri yang juga mantan YDP PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamed dilantik sebagai Bendahari GHB Melaka. Beliau juga merupakan mantan Setiusaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Malah di kalangan AJK GHB Melaka membariskan 2 orang bekas Ketua Jabatan Dewan Pemuda PAS Pusat yang sangat penting. Azrin Majid merupakan bekas Ketua Pengarah PASTI Pusat selama beberapa penggal manakala Johari Osman pula adalah bekas Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat.
Azrin juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Setiausaha GHB Melaka disandang oleh Haji Yuhaizad Abdullah yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka dan juga mantan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.
Selain itu 2 orang bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri juga dilantik mengganggotai GHB Melaka. Haji Bakrin Sidek merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil. Begitu juga dengan Haji Ashraf Mukhlis Minghat yang juga merupakan mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan mantan TImbalan Ketua Pemuda Negeri Melaka.
Selain itu Ketua WHB Mahani Othman Basir adalah mantan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan mantan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.
Sementara itu beberapa orang mantan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan pimpinan pelbagai peringkat juga akan menyatakan sokongan terbuka kepada GHB Melaka dalam terdekat.

Comments

Anonymous said…
selepas inisaudara saufi yg juga bekas ydp bkt katil(bakal) akan menyertai GHB..amacam
Anonymous said…
selepas inisaudara saufi yg juga bekas ydp bkt katil(bakal) akan menyertai GHB..amacam
Anonymous said…
sudahlah sofi...letaklah je jawatan...buat apa jadi duri dalam daging
Anonymous said…
apa tunggu lagi sofi wahab... isytihar laa join ghb... jgn malu2... besar pahala tuuu.... dap pun tengah tunggu hang ni... boleh jadi km melaka pas ni..ahahha...
nak tulis banyak pun tak guna... bukan boleh lulus terbit pun...