.

.

23 July 2015

AKTIF GHB : HUKUMLAH MEREKA ITU, SELAGI KAMU ADA KUASA UNTUK MENGHUKUM

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa kesal di atas desakan Tiga Dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri itu mendesak kepimpinan parti menjalankan satu prosiding tindakan tatatertib kepada pemimpin PAS susulan rancangan mereka manubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mereka berkata tindakan menghukum ahli-ahli PAS tersebut bukannya tindakan bijak sebaliknya akan menambahkan publisiti percuma kepada GHB dan pimpinan GHB. Setakat ini menurut mereka pimpinan tertinggi GHB dilihat lebih matang dalam politik di mana merekat tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat beremosi walaupun pelbagai serangan ditujukan oleh pimpinan PAS. 


Sebab itu ahli-ahli PAS yang ditemui merasakan adalah lebih baik pimpinan PAS berunding dan berbincang dengan pimpinan GHB dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. Mungkin kedua-dua pihak akan untung dan situasi menang-menang (win win situation) dapat dicapai. Tidak ada gunanya bermusuh dan berseteru di saat rakyat sedang terhimpit dengan kesengsaraan. 

Media hari ini melaporkan bahawa ketiga-tiga sayap PAS Kelantan dan DHPP Kelantan menggesa tindakan diambil kepada beberapa tokoh PAS masih berjawatan dalam parti termasuk wakil rakyat PAS yang terlibat dalam ceramah pengisytiharan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kota Bharu baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama mereka, keempat-empat sayap PAS itu menganggap tindakan kumpulan pemimpin PAS itu sebagai "terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti."

"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.

"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) ini," kata mereka.

Desakan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS negeri Datuk Hassan Mahmood, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Lim Guan Seng.

Mengulas lanjut, keempat-empat sayap PAS itu turut menegaskan pendirian beliau untuk menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan negeri bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

"Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan GHB terhadap kepimpinan parti dan kerajaan," kata sayap-sayap PAS itu.

Ekoran tersingkir pada pemilihan lalu, kumpulan profesional mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam bagi memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

Manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pulamengumumkan usaha mewujudkan muafakat politik lebih utuh merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk NGO seperti BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.

Bagaimanapun, PAS kini mengambil sikap 'tunggu dan lihat' berhubung cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang akan tubuhkan tidak lama lagi.

6 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter