.

.

22 July 2015

RAKYAT MENARUH HARAPAN KEPADA GABUNGAN BARU PEMBANGKANG

Komitmen yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam kenyataannya hari ini disambut baik oleh rakyat Malaysia yang terkapai-kapai lantaran senario politik Malaysia yang tidak menentu dek kerana pergeseran politik dalaman PR yang sudah berkubur sebelum ini. 

Hari ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan usaha mewujudkan permuafatakatan politik yang lebih utuh bersama pelbagai NGO progresif termasuk Gerakan Harapan Baru demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.

Menurutnya, negara kini terus berada dalam krisis yang semakin teruk termasuk nilai ringgit yang merudum, dakwaan rasuah dan skandal kewangan yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi, walaupun kerajaan BN terus menafikannya.

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita," tegasnya dalam satu perutusannya melalui peguamnya.

"Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

"Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya mengetepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain sebaliknya memberikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.

Kita yakin rakyat Malaysia akan memberikan sokongan padu kepada gabungan baru ini yang dilihat lebih bersifat inklusif dan progressif. Kesudian NGO seperti ABIM, IKRAM, BERSIH dan lain-lain untuk duduk bersama membincangkan hala tuju gabungan baru ini menjanjikan sesuatu yang diidamkan selama ini.

Adalah diharapkan gabungan baru ini tidak menjadikan perbezaan antara satu sama lain sebagai penyebab kepada bantut usaha-usaha membebaskan negara dari belenggu kezaliman yang sedang mereka hadapi sekarang. 

4 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter