PAKATAN 2.0 : SATU LAGI ANJAKAN PARADIGMA DALAM POLITIK MALAYSIA

Rakyat Malaysia akan mendapat berita yang menggembirakan apabila gabungan baru pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi. Malah gabungan baru jelas sekali akan lebih hebat dan bermakna berbanding gabungan-gabungan sebelum ini kerana ianya didokongi bersama oleh NGO-NGO utama seperti ABIM, IKRAM, BERSIH dan lain-lain. 

Oleh kerana itu sesiapa yang tidak mahu bersama-sama gabungan baru ini dikhuatiri akan tertinggal ke belakang dalam arus gerakan massa rakyat Malaysia bagi membebaskan rakyat dari cengkaman BN pada PRU akan datang. 

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu.

~ Malaysiakini.

Comments