08 February 2019

RAKYAT MENUNGGU HUKUMAN UNTUK AH JIB GOR

Sebelum PRU14 pelbagai dakwaan  dan tuduhan dilemparkan kepada pahlawan Bugis Ah Jib Gor (nama mesra) dan kuncu-kuncu.

Di Melaka juga tidak kurang dengan dakwaan dan tuduhan dilemparkan kepada mereka contohnya isu duit zakat RM13juta digunakan untuk kegunaan yang disah dan banyak lagi.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada bekas Ketua Menteri Ali Rustam, Idris Haron dan orang-orang kuat mereka.

Namun sehingga kini belum seorang pun di kalangan bekas pemimpin tertinggi negeri Hang Jebat itu diseret ke mahkamah. Rakyat melihat mereka tiada masalah dan bersih. Jadi apakah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pimpinan PH dan PR dahulu omongan kosong dan fitnah semata-mata.

Rakyat pada hari ini bukan macam dahulu. Mereka mengkaji dan menilai setiap geraklaku pemimpin.

Sudah sampai masanya pemimpin PH membuktikan sesuatu bahawa tuduhan dan dakwaan mereka terhadap Ali Rustam, Deris dan lain-lain adalah berasas dan konkrit bukannya sekadar tembakan peluru kapur yang tidak berbekas.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter