07 February 2019

PESURUHJAYA PAS MELAKA PUCAT GIGI TAKUT KENA SAMAN

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek pucat gigi takut kena saman akibat memfitnah MAIM dan kerajaan Melaka. Hari ini, dalam Sinar Harian beliau mendakwa kerajaan negeri Melaka tidak boleh menerima kritikan sebab itu laporan Polis dibuat terhadap beliau.

Untuk pengetahuan Kamaruddin, kami yakin dengan kerajaan PH Melaka sebab sejak memerintah dari 9 Mei 2018 dahulu mereka sedia dikritik dan dinasihat tetapi pemimpin kami tidak redha DIFITNAH  kerana fitnah tersebut akan terpahat dalam minda rakyat dan mereka menjadi keliru.

Apakah Kamaruddin rela memfitnah dan mengelirukan rakyat. Ayat dan hadis mana yang membenarkan beliau membuat fitnah. Sedarkah Kamaruddin bahawa selagi fitnah itu terlekat pada otak rakyat selagi itulah beliau berdosa dan bila beliau akan minta maaf dan membersihkan dosa tersebut.

Antara fitnah Kamaruddin pada ceramah beliau di Kg Pulau Durian Tunggal pada 2 Februari lalu adalah :
1) Sudah 8 bulan kerajaan PH memerintah Melaka jawatankuasa masjid masih belum dilantik.
2) Duit tabung masjid akan diserahkan kepada MAIM untuk diuruskan dan masjid tidak boleh menguruskan duitnya sendiri.

Sedangkan fakta sebenar ialah :
1) Jawatankuasa Masjid yang lama masih sah sehingga 31 Disember 2018 dan bermula 1 Jan 2019 jawatankuasa interim dilantik di kalangan Pegawai Syarak sehingga pertengahan Februari 2019.

2) MAIM tidak pernah bercadang untuk meminta Jawatankuasa Masjid menyerahkan duit tabung masjid untuk diuruskan oleh MAIM. Tidak pernah ianya dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat MAIM dan JAIM.

Jelas sekali Kamaruddin telah MEMFITNAH MAIM dan kerajaan negeri. Tidak takutkah beliau kepada DOSA. Apakah seseorang yang bergelar Ustaz bebas membuat FITNAH.

Kami rakyat Melaka menyeru seluruh rakyat Melaka supaya menolak pemimpin yang berTOPENGkan agama seperti ini. Pemimpin seperti ini memang tidak berTANGGUNGJAWAB dan sanggup melakukan apa sahaja untuk KEPENTINGAN POLITIK.

Dengar khabar MAIM sedang dalam proses untuk MENYAMAN Kamaruddin Sidek ini. Kita tunggu nanti. Apakah Kamaruddin Sidek akan MELUTUT kepada MAIM dan rakyat Melaka memohon kemaafan. Episod ini masih belum berakhir.

Sebab itu sebelum berkata-kata, fikir dahulu jangan main lepas je. Jangan bermulut CELUPAR sebab mulut kamu TIADA INSURAN wahai Kamaruddin.



1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter