.

.

23 October 2013

LINTAS LANGSUNG : PENAMAAN CALON PRK SG LIMAU

LINTAS LANGSUNG

8.45 pagi : Pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli serta Dr Siti Mariah Mahmud. kesemua mereka bersama Presiden PAS serta calon, Ustaz Azam dilihat masuk ke perkarangan pusat penamaan.

8.25am - Perarakan diiringi laugan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta laungan hidup Islam dengan pasukan petugas unit amal mengawal keselamatan dan lalulintas.

8.20am - Presiden PAS mengetuai perarakan. Antara pimpinan utama Pakatan yang dilihat turut serta termasuk Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar,Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan Ahli Parlimen Sg Petani DatukJohari Abdul.

8.15am - Perarakan ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid dimulakan. Lebih 2000 penyokong menyertai perarakan. 

8.10am - Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad tiba di masjid disambut dengan laungan takbir, beliau segak dengan baju Melayu hijau bersampin dan dilihat menunaikan solat hajat dan berdoa sejurus tiba.

8.05am - Solat Hajat dimulakan dengan diimamkan oleh Presiden PAS mengimami solat hajat. Kira-kira 500 orang sudah berada di masjid.

7.45 pagi - Penyokong PAS menyambut kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di Masjid Jamek Badlishah. 

5.30 pagi - Penyokong-penyokong PAS mula membanjiri Pekan Yan sejak malam tadi dan kehadiran mereka lebih ramai menjelang waktu Subuh. Mereka meletakkan bendera di kereta masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana. Masjid Jamek Badlishah mula dibanjiri penyokong PAS untuk menunaikan solat subuh.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter