Sudah jatuh ditimpa tangga. Kalah PRU 13 dengan majoriti yang besar, kini kecundang pula pada pemilihan UMNO. Maknanya bukan setakat rakyat biasa yang tolak beliau, ahli UMNO pun sudah meluat dengan dirinya. Tahukah anda siapa orang itu. Tak lain tak bukan ialah Ali Rustam.
Semasa kalah dalam PRU 13 beliau menyalahkan orang Cina yang katanya tidak mengenang budi. Kini kalah dalam pemilihan parti sendiri, malah kalah pula di kesemua Bahagian UMNO Negeri Melaka kecuali Bukit Katil. Di bahagiannya sendiri beliau hanya menduduki tempat kedua di belakang Zahid.
Dalam komennya selepas tewas jawatan Naib Presiden tersebut, Ali berkata, apabila saya tiada jawatan samada pusat atau negeri tiada siapa nak lihat saya.
Kini baru kau sedar. Kalau sudah sedar saya cadangkan kau bersaralah dari politik. .....ramai lagi orang muda yang lebih berkaliber. Kelab veteran Umno sedia menunggu kau .....
Kini baru kau sedar. Kalau sudah sedar saya cadangkan kau bersaralah dari politik. .....ramai lagi orang muda yang lebih berkaliber. Kelab veteran Umno sedia menunggu kau .....
Comments